Ahad, 14 Julai 2013

MINGGU ALUAN SISWA AMBILAN JULAI 2012/2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pada 1 Julai 2013 (Isnin) telah bermulanya Minggu Aluan Siswa dengan kerjasama antara barisan-barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan semua Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Minggu Aluan Siswa. Bermulanya sesi pendaftaran semua pelajar pada hari itu berjalan dengan lancar. Lebih kurang daripada 400 orang pelajar mendaftar dari pelbagai negeri termasuklah Sabah dan Sarawak. Semasa pendaftaran pelajar,ibu bapa dijemput pergi ke Dewan Barakah untuk menyaksikan pameran dan taklimat daripada Datuk Yahya Bin Zainal Abidin selaku presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).

Suasana semasa pendaftaran.
Semasa di kaunter pendaftaran. 
Semua pelajar baru sabar beratur di hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)
untuk mengambil kunci bilik masing-masing.

Pelajar baru bersalam dengan ibu bapa. 
Tekun membantu anak masing-masing mengangkat barang.

Minggu Aluan Siswa telah berlangsung selama 3 hari dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan alhamdulillah berjaya dilaksanakan. Semua barisan MPP dan AJK telah berjaya memberikan semangat kepada pelajar-pelajar baru dan hal ini dapat dilihat semasa aktiviti dijalankan.

Latihan nyanyian lagu tema Minggu Mas iaitu "Berjalan Tanpa Henti"
Pelajar disuruh untuk membuat logo kumpulan dan trakemark masing-masing.

Pembetulan hukum tajwid.

Berakhirnya perjalanan Minggu Aluan Siswa disambung pula dengan Minggu Silaturahim antara Pelajar Senior dan Junior bagi mengeratkan lagi ukhuwah. Minggu Silaturahim telah berlangsung dari 4 Julai 2013 hingga 7 Julai 2013. Sepanjang hari tersebut, Presiden KIPSAS iaitu Datuk Yahya Bin Zainal Abidin telah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar baru dan telah menjual buku hasil karyanya yang bertajuk "Mendaki" bagi berkongsi pengalaman beliau.

Datuk Yahya Bin Zainal Abidin selaku Presiden KIPSAS.

"MENDAKI"

Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pihak, program ini dapat berjalan dengan lancar. Selaku barisan MPP KIPSAS SESI 2012/2013 mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan MAS dan Minggu Silaturahim kali ini.



Jangan malu dan jangan segan untuk berjumpa atau berhubung dengan mana-mana barisan MPP jika terdapat kemusykilan atau permasalahan yang dapat kami bantu.

"KEPIMPINAN PROAKTIF MENGGARAP MAHASISWA PRODUKTIF"