Ahad, 28 Julai 2013

DEBAT: ADA APA DENGAN ANJUNG?


*Pelajar KIPSAS boleh menyatakan ketidakpuasan dengan apa yang mereka berasa kurang dikafetaria KIPSAS. 

MINGGU ALUAN SISWA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA SESI JULAI 2013/2014

Pada 22 Julai 2013 hingga 24 Julai 2013 telah berlangsungnya Minggu Aluan Siswa Pelajar Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah, seramai 5 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan telah mendaftar bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang di KIPSAS.


Ustaz Haji Amilrudin memberikan sedikit penjelasan kepada para pelajar mengenai KIPSAS.

Sesi memperkenalkan diri.

Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda.




BENGKEL PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN


Ahad, 21 Julai 2013 bahagian HEP dengan kerjasama Biro Latihan MPP KIPSAS telah mengadakan bengkel pengurusan kelab dan persatuan di Dewan Barakah KIPSAS dan telah bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KIPSAS dan pengerusi serta setiausaha setiap kelab dan persatuan (atau 2 orang wakil) diwajibkan hadir. Penerangan tentang input yang akan diberikan dalam bengkel ini telah diketuai oleh Haji Amilrudin Bin Haji Ishak. Pelbagai input tentang pengurusan kelab dan persatuan telah diberikan.


Haji Amilrudin memberikan penerangan beliau tentang pengurusan kelab dan persatuan.

Semua tekun mendengar penerangan Haji Amilrudin.




  

Selasa, 16 Julai 2013

PENEMPATAN SELESA BUAT SISWI-SISWI KIPSAS TAHUN 3

15 Julai 2013, Bersama-sama En Salehudin bin Hj Dolah dan beberapa barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah pergi melawat ke rumah sewa yang akan diduduki oleh pelajar-pelajar siswi KIPSAS nanti yang terletak di Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Perhubungan Negeri Pahang Darul Makmur (LKPIM). Tempat ini berdekatan dengan hotel Vistana yang terletak berdekatan juga dengan bandar. Pelajar-pelajar akan mula berpindah ke rumah tersebut tidak lama saja lagi. 
Antara keadaan yang dapat digambarkan adalah seperti gambar-gambar di bawah:

Posisi almari yang sesuai.
Meja belajar.
Di dalam bilik air.
Tempat untuk bersantai.

Keadaan di dalam bilik.

Akhir sekali, semua pelajar yang akan tinggal di situ tidak lama lagi diharapkan dapat tinggal di situ dengan selesa. Diharapkan pelajar juga dapat mengulangkaji pelajaran dengan tenang dan baik.




Ahad, 14 Julai 2013

MINGGU ALUAN SISWA AMBILAN JULAI 2012/2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pada 1 Julai 2013 (Isnin) telah bermulanya Minggu Aluan Siswa dengan kerjasama antara barisan-barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan semua Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Minggu Aluan Siswa. Bermulanya sesi pendaftaran semua pelajar pada hari itu berjalan dengan lancar. Lebih kurang daripada 400 orang pelajar mendaftar dari pelbagai negeri termasuklah Sabah dan Sarawak. Semasa pendaftaran pelajar,ibu bapa dijemput pergi ke Dewan Barakah untuk menyaksikan pameran dan taklimat daripada Datuk Yahya Bin Zainal Abidin selaku presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).

Suasana semasa pendaftaran.
Semasa di kaunter pendaftaran. 
Semua pelajar baru sabar beratur di hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)
untuk mengambil kunci bilik masing-masing.

Pelajar baru bersalam dengan ibu bapa. 
Tekun membantu anak masing-masing mengangkat barang.

Minggu Aluan Siswa telah berlangsung selama 3 hari dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan alhamdulillah berjaya dilaksanakan. Semua barisan MPP dan AJK telah berjaya memberikan semangat kepada pelajar-pelajar baru dan hal ini dapat dilihat semasa aktiviti dijalankan.

Latihan nyanyian lagu tema Minggu Mas iaitu "Berjalan Tanpa Henti"
Pelajar disuruh untuk membuat logo kumpulan dan trakemark masing-masing.

Pembetulan hukum tajwid.

Berakhirnya perjalanan Minggu Aluan Siswa disambung pula dengan Minggu Silaturahim antara Pelajar Senior dan Junior bagi mengeratkan lagi ukhuwah. Minggu Silaturahim telah berlangsung dari 4 Julai 2013 hingga 7 Julai 2013. Sepanjang hari tersebut, Presiden KIPSAS iaitu Datuk Yahya Bin Zainal Abidin telah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar baru dan telah menjual buku hasil karyanya yang bertajuk "Mendaki" bagi berkongsi pengalaman beliau.

Datuk Yahya Bin Zainal Abidin selaku Presiden KIPSAS.

"MENDAKI"

Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pihak, program ini dapat berjalan dengan lancar. Selaku barisan MPP KIPSAS SESI 2012/2013 mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan MAS dan Minggu Silaturahim kali ini.



Jangan malu dan jangan segan untuk berjumpa atau berhubung dengan mana-mana barisan MPP jika terdapat kemusykilan atau permasalahan yang dapat kami bantu.

"KEPIMPINAN PROAKTIF MENGGARAP MAHASISWA PRODUKTIF"