![]() |
*Pelajar KIPSAS boleh menyatakan ketidakpuasan dengan apa yang mereka berasa kurang dikafetaria KIPSAS. |
Ahad, 28 Julai 2013
DEBAT: ADA APA DENGAN ANJUNG?
MINGGU ALUAN SISWA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA SESI JULAI 2013/2014
Pada 22 Julai 2013 hingga 24 Julai 2013 telah berlangsungnya Minggu Aluan Siswa Pelajar Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah, seramai 5 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan telah mendaftar bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang di KIPSAS.
| Ustaz Haji Amilrudin memberikan sedikit penjelasan kepada para pelajar mengenai KIPSAS. |
| Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda. |
BENGKEL PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN
Ahad, 21 Julai 2013 bahagian HEP dengan kerjasama Biro Latihan MPP KIPSAS telah mengadakan bengkel pengurusan kelab dan persatuan di Dewan Barakah KIPSAS dan telah bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KIPSAS dan pengerusi serta setiausaha setiap kelab dan persatuan (atau 2 orang wakil) diwajibkan hadir. Penerangan tentang input yang akan diberikan dalam bengkel ini telah diketuai oleh Haji Amilrudin Bin Haji Ishak. Pelbagai input tentang pengurusan kelab dan persatuan telah diberikan.
| Haji Amilrudin memberikan penerangan beliau tentang pengurusan kelab dan persatuan. |
| Semua tekun mendengar penerangan Haji Amilrudin. |
Selasa, 16 Julai 2013
PENEMPATAN SELESA BUAT SISWI-SISWI KIPSAS TAHUN 3
15 Julai 2013, Bersama-sama En Salehudin bin Hj Dolah dan beberapa barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah pergi melawat ke rumah sewa yang akan diduduki oleh pelajar-pelajar siswi KIPSAS nanti yang terletak di Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Perhubungan Negeri Pahang Darul Makmur (LKPIM). Tempat ini berdekatan dengan hotel Vistana yang terletak berdekatan juga dengan bandar. Pelajar-pelajar akan mula berpindah ke rumah tersebut tidak lama saja lagi.
Antara keadaan yang dapat digambarkan adalah seperti gambar-gambar di bawah:
| Posisi almari yang sesuai. |
| Meja belajar. |
| Di dalam bilik air. |
| Tempat untuk bersantai. |
Langgan:
Catatan (Atom)
